Sunday, September 20, 2009

Pengenalan Kecederaan Sukan & Bantu Mula (Praktikal)

Date : 8 September 2009 (Selasa)
Tempat : Cafe belakang Kolam Renang Uitm
Masa : 5.15 p.m - 6.45 p.m
Bil : 7 org ahli
Jurulatih : En .Muiz

Lanjutan bg kelas first aid diadakan pd hari tersebut. Kali ini, kami belajar tentang kain anduh secara praktikal. Oleh itu, setiap ahli telah diminta utk membawa kain anduh masing-masing dan diberikan handout mengenai jenis-jenis rawatan yang boleh dilakukan menggunakan kain anduh.

Sebelum memulai kelas, En. Muiz memberi penerangan pd kami bahawa yang paling penting dalam memberi bantuan kecemasan kpd mangsa adalah kita perlu tahu/ menyedari kemampuan dan kebolehan kita sama ada mencukupi utk membantu dan menyelamatkan mangsa agar kecederaan mangsa tidak menjadi semakin parah.

Antara jenis rawatan yg kami pelajari adalah :

  • Pembalut tangan dan kaki
Kain anduh digunakan utk meneguhkan pembebat pd tgn atau kaki yg cedera/berdarah.
  • Pembalut Kepala
Kain anduh juga boleh digunakan utk memegang pembebat yg ringan pd kepala yg cedera. Kaedahnya adalah :
  1. Lipat kelepet kain anduh pd dahi mangsa sebelum memulakan pembalutan.
  2. Silangkan hujung pembalut di belakang kepala.
  3. Kemudian, selitkan hujung simpulan buku sila di bwh simpulan jika tidak dpt menggunakan pin ketika itu.
  4. Bg lebihan kain anduh di bhgian blakang mangsa, anda perlulah menyusun dgn kemas dan selitkannya di antara simpulan.
  5. Semasa melakukan rawatan ini, hendaklah pastikan mangsa duduk dan teguhkan kepala mangsa utk mudahkan proses membalut kepala mangsa.
- Salah seorg ahli mencuba melakukan pembalut kepala kpd rakannya.








- Contoh bagaimana pembalut kepala kelihatan dr pandangan belakang.


  • Selain itu, anda juga boleh meletakkan satu ring ( kain anduh di lilit sehingga menjd bentuk 'donat' yg kecil) dan letakkannya pd spot yg cedera sebelum membalut kepala mangsa.
  • Sling Lengan
Ianya digunakan utk menyokong lengan dan pergelangan tgn yg cedera atau menopang berat lengan yg terkehel.

Cara-cara rawatan :
  1. Letakkan pembalut antara lengan dan dada.
  2. Ikat satu simpulan buku sila di antara bhgian leher.
  3. Selitkan hujung pembalut di bawah simpulan dengan kemas jika anda tidak menggunakan pin.
  4. Malah, biarkan hujung jari terdedah utk pemeriksaan peredaran darah.
  5. Selain itu, anda juga boleh menggunakan sebarang bahan yg keras utk menampung tgn yg cedera sebagai tuas. Contohnya seperti buku.
  • Sling Pengangkat
Digunakan utk menopang lengan dlm kes-kes kecederaan tulang selangka atau bahu. Cara- cara rawatan hampir sama dgn sling lengan namun terdpt perbezaan di mana, tgn mangsa perlu diangkat lebih tinggi sehingga ke bahu bg memudahkan ditopang gunakan sling jenis ini.


  • Tambahan lg, En. Muiz menunjukkan bagaimana kita perlu mengangkat mangsa yg lemah utk dibawa ke tempat yg lebih selamat.
Terdapat 2 cara iaitu :
  1. Anda perlu mengangkat mangsa dengan menolak kaki kanan mereka ke atas dan pd waktu yg sama meletakkan badan mangsa di ats bahu anda. Jd mangsa akan diangkat oleh anda.
  2. Anda dan rakan akan menggunakan kedua-dua belah tgn anda dan menyambung serta membentuknya seperti kerusi bg mangsa duduk. Jadi, anda dgn rakan akan mengangkat mangsa.
Sepanjang proses ini, setiap ahli perlu mencuba dan mempraktikkan semua kaedah yang diajar oleh En. Muiz ke atas ahli rekreasi yang lain.


2 comments:

Jai said...

alamak kuat nya abg ni angkat org....

liyana said...

ai?
puji diri sendiri ke??
huhu..