Sunday, September 20, 2009

Orienteering (Asas, Teori & Praktikal)

Date : 12 September 2009 (Sabtu )
Tempat : Cafe belakang Kolam Renang Uitm
Masa : 8.30 a.m - 10.30 a.m
Bil : 8 org ahli
Jurulatih : En. Muiz

Bagi kelas kali ini, kami mempelajari tentang orienteering. Orienteering adalah sukan rekreasi di mana peserta perlu mengemudikan arah dirinya dari satu titik kawalan ke satu titik kawalan yang lain dengan berpandukan kepada peta dan kompas. Dengan menggunakan rujukan dari buku khas tuk ko rekreasi, kami mengetahui banyak informasi mengenai orienteering. Antaranya adalah :

  • Jenis-jenis orienteering seperti :
  1. Orienteering merentas desa ( Cross-country orienteering)
  2. Orienteering bukit ( Mountain orienteering )
  3. Orienteering malam ( Night Orienteering )
  4. Orienteering berganti- ganti ( Relay orienteering )
  5. Orienteering bermarkah ( Score orienteering )
  6. Orienteering Jalanraya ( Street Orienteering )
  7. Norwegian Event
  • Terdapat kebaikan sukan orienteering iaitu meningkatkan kecergasan fizikal, memberi cabaran dan keseronokan dan sebagainya.
  • Kami juga mempelajari tentang sejarah orienteering seperti siapa bapa orienteering iaitu Major Ernst Killander dan bila tertubuhnya persatuan orienteering di Malaysia.
  • Kami juga belajar tentang terminologi dan alatan orienteering iaitu :
  1. Titik kawalan (control point )
  2. Penanda kawalan ( control marker )
  3. Kad kawalan ( control card )
  4. Peta
  5. Kompas
  • Terdapat beberapa jenis peta seperti peta topo, peta orienteering, atlas dan sebagainya.
  • Selain itu, kami juga belajar teknik-teknik asas seperti teknik melaras peta, relokasi dan prosidur ketika acara/aktiviti orienteering.
  • Kemudian, kami dibahagikan kepada 2 kumpulan di mana ahli lelaki vs. ahli perempuan dan kami perlu mencipta xtvt orienteering kami sendiri di mana kami perlu menetapkan 7 check point di sekitar kaw kolam renang Uitm. Kami perlu mencatat masa bermula dan tamat permainan orienteering setelah berjaya mendapat kesemua control marker kepunyaan pihak lawan.

0 comments: