Sunday, September 20, 2009

Aktiviti High Rope-Abseiling (Asas & Praktikal)

Date : 15 September 2009 (Selasa)
Tempat : Bukit di belakang Kolam Renang Uitm
Masa : 5.15 p.m - 6.45 p.m
Jurulatih : En.Muiz

Pada hari tersebut kami melakukan aktiviti abseiling. Namun begitu, sebelum memulakan aktiviti abseiling, kami di ajar tentang asas abseiling. Definisi abseiling adalah satu aktiviti menuruni satu kawasan tinggi ke kawasan rendah dengan menggunakan tali.


Terdapat juga ditunjukkan pd kami peralatan yang akan digunakan utk xtvt abseiling. Antaranya adalah :

  1. Tali carmantle dinamik
  2. Harness
  3. Sling
  4. Carabiner
  5. Figure of eight
  6. Helmet
  7. Glove


Turut diajar adalah bagaimana dan cara yg betul utk kami menuruni kaw bukit itu utk xtvt abseiling. Sebelum turun, anda perlu berinteraksi dgn belayer di bawah bukit dgn memberitahu bahawa anda telah bersedia utk turun. Oleh itu, belayer akan memberi respons dan dah ready tuk xtvt tersebut.



Pada hari tersebut, beberapa ahli dari tahap 1 & 2 ko rekreasi telah mencuba dan berjaya melakukan xtvt abseiling. Akhir sekali, jurulatih kami, En. Muiz juga mengambil bahagian dalam xtvt abseiling ini.

0 comments: