Tuesday, October 20, 2009

the end of HSM225

Date : 20 October 2009
Masa: 5.00 p.m- 7.00 p.m
Tempat : Di Pusat Sukan
Bil : 9 ahli

Ini merupakan klas terakhir Ko sem ni...hurm,kiteorg bru tau sepatutnya minggu lpas KO dah tamat...dak len sume dah amik test n wat presentation tinggal grup pompuan shj yg xsettle lg...sowy en.Muiz...xdisengajakan...

neway, jd kiteorg diberikan masa 1 jam utk menjwb test...test ni ada kaitan dgn segala kelas yg telah dibuat sebelum2 ni, so kiteorg jwb r asalkan siap kan...
kemudian, diteruskan kpd presentation tentang kertas kerja kiteorg...

Saturday, October 10, 2009

Praktikal Ikhtiar Hidup di Hutan

Date : 6 October 2009 (Selasa)
Tempat : Sekitar area wall climbing
Masa : 5.15 p.m - 7.00 p.m
Bil : 13 org ahli
Jurulatih : En. Muiz

Okay, tuk klas kali ni...setiap kumpulan perlu menyediakan dan memasak menu masing2 menggunakan peralatan camping seperti messtin, dapur pakai buang dan sebagainya. En. Muiz hany menyediakan peralatan memasak sementara kiteorg perlu membawa bahan2 yg akan digunakan. Jd, ad gak siap bwa kuali sendiri ( wah, mmg prepare abiz r dorg...huhu=p).

Baiklah, temanya adalah 'Sarapan Pagi'...Setelah setiap kumpulan bertungkus lumus memasak dan menghias menu mereka, terdapat 4 jenis makanan berjaya disediakan!

Menu yg ad pd ari tersebut:
- Nasi Goreng Telur siap dgn air Milo
- Roti Burger (xsilap r, sori klu salah tulis)
- Double Roti with Kaya n Scrambled egg
- Roti Sandwich with Scrambled egg Sambal

Ya, ni lah menu yg kami sume sediakan ^

Kemudian, En. Muiz memulakan proses menghakimi makanan yg kami sediakan. Leh dikatakan kiteorg dgn En. Muiz kenyang gak petang tu, byk gak makan...hoho...XD
Akhirnya, sistem permarkahan yg En. Muiz berikan adalah tempat pertama 15 point, second 14 point, third 12 point n fourth 11 point.

Yg penting di sini yg sy dpt rumuskan, makanan yg disediakan even ketika xtvt camping hendaklah bersih, persekitaran tuk memasak bersih termasuklah diri tukang masak nya. Selain itu, jika anda terlibat dgn xtvt camping sediakan lah mkanan secukupnya sepanjang waktu camping. Malah, pastikan makanan yg dibekalkan dpt memberi tenaga tuk kite menjalani sebarang xtvt lain ketika camping nant. - Jgn lak bwa junk food dan seangkatannya, nant korg xcukup energy pula ketika camping!

Saturday, October 3, 2009

Orienteering (Praktikal)-2

Date : 29 September 2009 (Selasa juga)
Tempat : Cafe belakang Kolam Renang Uitm
Masa : 5.15 p.m - 6.45 p.m
Bil : 12 org ahli
Jurulatih : En. Muiz

Kali ni En. Muiz mengadakan pertandingan orienteering di mana terbhg kpd 3 kumpulan yg terdiri dr ahli lelaki dan perempuan rekreasi. Pd mulanya setiap group perlu mereka map mrk sendiri, jd tiap grup meletakkan control marker mrk di sekitar bukit kat blakng cafe tu. Masing2 diberikan 2 kompas dan 5 control marker. En. Muiz memberi masa 15 minit tuk siapkan peta dan meletakkan control marker kami.

Jadi, bermula lah pertandingan orienteering antara 3 kump ni. Markah yg diberi utk tempat pertama 15 point, kedua 13 point dan ketiga 10 point. Disebabkan ari makin gelap jd kiteorg segera mencari kesemua control marker berdasarkan map yg kiteorg dpt. Xdisangka, salah satu grup telah diberikan penalti markah dan diberikan tempat ketiga krn xmengikut etika pertandingan...^-^ (sian korg..xpe, t try lg..hehe). Akhirnya, kump 1 mendpt 15 point, diikuti tempat kedua dimenangi kump 2 (ala, beza masa sedkit jer maa...) dan ketiga oleh kump 3.

Kesimpulannya, yg paling penting dalam pertandingan orienteering dan pertandingan2 lain adalah bersikap jujur,adil dan bertanggungjawab. Barulah, satu pertandingan itu dapat dijalankan tanpa ad kekurangan dan cacat celanya. Xpe lar, lain kali xkan berlaku lg. Good luck klu korg try bermain lg/ masuk perandingan orienteering!>.<

Sunday, September 20, 2009

Aktiviti High Rope-Abseiling (Asas & Praktikal)

Date : 15 September 2009 (Selasa)
Tempat : Bukit di belakang Kolam Renang Uitm
Masa : 5.15 p.m - 6.45 p.m
Jurulatih : En.Muiz

Pada hari tersebut kami melakukan aktiviti abseiling. Namun begitu, sebelum memulakan aktiviti abseiling, kami di ajar tentang asas abseiling. Definisi abseiling adalah satu aktiviti menuruni satu kawasan tinggi ke kawasan rendah dengan menggunakan tali.


Terdapat juga ditunjukkan pd kami peralatan yang akan digunakan utk xtvt abseiling. Antaranya adalah :

  1. Tali carmantle dinamik
  2. Harness
  3. Sling
  4. Carabiner
  5. Figure of eight
  6. Helmet
  7. Glove


Turut diajar adalah bagaimana dan cara yg betul utk kami menuruni kaw bukit itu utk xtvt abseiling. Sebelum turun, anda perlu berinteraksi dgn belayer di bawah bukit dgn memberitahu bahawa anda telah bersedia utk turun. Oleh itu, belayer akan memberi respons dan dah ready tuk xtvt tersebut.



Pada hari tersebut, beberapa ahli dari tahap 1 & 2 ko rekreasi telah mencuba dan berjaya melakukan xtvt abseiling. Akhir sekali, jurulatih kami, En. Muiz juga mengambil bahagian dalam xtvt abseiling ini.

Ceramah Ko (2)- Sukan dari Perspektif Islam

Date : 12 September 2009 (Sabtu)
Tempat : Kompleks Sukan Uitm
Masa: 11.00 a.m - 12.30 p.m
Penceramah : En. Tajudin (Pensyarah dr unit CTU)

Ceramah kali ini dihadiri oleh pelajar ko dr tahap 2. Penceramah kami menerangkan beberapa perkara pd kami semasa ceramah, antaranya:

  • Istilah sukan dari segi Islam iaitu 'riadah'
  • Ianya terbahagi kepada 3 iaitu :
  1. Latihan spiritual/ kerohanian seperti tai-chi dan yoga.
  2. Latihan kejiwaan
  3. Melakukan sifat-sifat mahmudah (baik) dan menjauhi sifat mazmumah iaitu sifat-sifat keji.
  • Indirectly, solat juga merupakan salah satu cara bersukan di mana kita ruku' dan sujud.
  • Terdapat juga perspektif dan pandangan solat dan sukan dari atlit sukan.
  • Teras solat dari perspektif ahli sukan.
  • Terdapat jenis-jenis riadah antaranya :
  1. Riadah rohaniah di mana kita menikmati keindahan alam ciptaan Allah.
  2. Riadah akal/akliah
  3. Riadah jasmaniah.
Akhir sekali, terdapat interaksi antara penceramah dgn audience di mana kami perlu menjawab soalan yg dikemukakan oleh penceramah.

Orienteering (Asas, Teori & Praktikal)

Date : 12 September 2009 (Sabtu )
Tempat : Cafe belakang Kolam Renang Uitm
Masa : 8.30 a.m - 10.30 a.m
Bil : 8 org ahli
Jurulatih : En. Muiz

Bagi kelas kali ini, kami mempelajari tentang orienteering. Orienteering adalah sukan rekreasi di mana peserta perlu mengemudikan arah dirinya dari satu titik kawalan ke satu titik kawalan yang lain dengan berpandukan kepada peta dan kompas. Dengan menggunakan rujukan dari buku khas tuk ko rekreasi, kami mengetahui banyak informasi mengenai orienteering. Antaranya adalah :

  • Jenis-jenis orienteering seperti :
  1. Orienteering merentas desa ( Cross-country orienteering)
  2. Orienteering bukit ( Mountain orienteering )
  3. Orienteering malam ( Night Orienteering )
  4. Orienteering berganti- ganti ( Relay orienteering )
  5. Orienteering bermarkah ( Score orienteering )
  6. Orienteering Jalanraya ( Street Orienteering )
  7. Norwegian Event
  • Terdapat kebaikan sukan orienteering iaitu meningkatkan kecergasan fizikal, memberi cabaran dan keseronokan dan sebagainya.
  • Kami juga mempelajari tentang sejarah orienteering seperti siapa bapa orienteering iaitu Major Ernst Killander dan bila tertubuhnya persatuan orienteering di Malaysia.
  • Kami juga belajar tentang terminologi dan alatan orienteering iaitu :
  1. Titik kawalan (control point )
  2. Penanda kawalan ( control marker )
  3. Kad kawalan ( control card )
  4. Peta
  5. Kompas
  • Terdapat beberapa jenis peta seperti peta topo, peta orienteering, atlas dan sebagainya.
  • Selain itu, kami juga belajar teknik-teknik asas seperti teknik melaras peta, relokasi dan prosidur ketika acara/aktiviti orienteering.
  • Kemudian, kami dibahagikan kepada 2 kumpulan di mana ahli lelaki vs. ahli perempuan dan kami perlu mencipta xtvt orienteering kami sendiri di mana kami perlu menetapkan 7 check point di sekitar kaw kolam renang Uitm. Kami perlu mencatat masa bermula dan tamat permainan orienteering setelah berjaya mendapat kesemua control marker kepunyaan pihak lawan.

Pengenalan Kecederaan Sukan & Bantu Mula (Praktikal)

Date : 8 September 2009 (Selasa)
Tempat : Cafe belakang Kolam Renang Uitm
Masa : 5.15 p.m - 6.45 p.m
Bil : 7 org ahli
Jurulatih : En .Muiz

Lanjutan bg kelas first aid diadakan pd hari tersebut. Kali ini, kami belajar tentang kain anduh secara praktikal. Oleh itu, setiap ahli telah diminta utk membawa kain anduh masing-masing dan diberikan handout mengenai jenis-jenis rawatan yang boleh dilakukan menggunakan kain anduh.

Sebelum memulai kelas, En. Muiz memberi penerangan pd kami bahawa yang paling penting dalam memberi bantuan kecemasan kpd mangsa adalah kita perlu tahu/ menyedari kemampuan dan kebolehan kita sama ada mencukupi utk membantu dan menyelamatkan mangsa agar kecederaan mangsa tidak menjadi semakin parah.

Antara jenis rawatan yg kami pelajari adalah :

  • Pembalut tangan dan kaki
Kain anduh digunakan utk meneguhkan pembebat pd tgn atau kaki yg cedera/berdarah.
  • Pembalut Kepala
Kain anduh juga boleh digunakan utk memegang pembebat yg ringan pd kepala yg cedera. Kaedahnya adalah :
  1. Lipat kelepet kain anduh pd dahi mangsa sebelum memulakan pembalutan.
  2. Silangkan hujung pembalut di belakang kepala.
  3. Kemudian, selitkan hujung simpulan buku sila di bwh simpulan jika tidak dpt menggunakan pin ketika itu.
  4. Bg lebihan kain anduh di bhgian blakang mangsa, anda perlulah menyusun dgn kemas dan selitkannya di antara simpulan.
  5. Semasa melakukan rawatan ini, hendaklah pastikan mangsa duduk dan teguhkan kepala mangsa utk mudahkan proses membalut kepala mangsa.
- Salah seorg ahli mencuba melakukan pembalut kepala kpd rakannya.








- Contoh bagaimana pembalut kepala kelihatan dr pandangan belakang.


  • Selain itu, anda juga boleh meletakkan satu ring ( kain anduh di lilit sehingga menjd bentuk 'donat' yg kecil) dan letakkannya pd spot yg cedera sebelum membalut kepala mangsa.
  • Sling Lengan
Ianya digunakan utk menyokong lengan dan pergelangan tgn yg cedera atau menopang berat lengan yg terkehel.

Cara-cara rawatan :
  1. Letakkan pembalut antara lengan dan dada.
  2. Ikat satu simpulan buku sila di antara bhgian leher.
  3. Selitkan hujung pembalut di bawah simpulan dengan kemas jika anda tidak menggunakan pin.
  4. Malah, biarkan hujung jari terdedah utk pemeriksaan peredaran darah.
  5. Selain itu, anda juga boleh menggunakan sebarang bahan yg keras utk menampung tgn yg cedera sebagai tuas. Contohnya seperti buku.
  • Sling Pengangkat
Digunakan utk menopang lengan dlm kes-kes kecederaan tulang selangka atau bahu. Cara- cara rawatan hampir sama dgn sling lengan namun terdpt perbezaan di mana, tgn mangsa perlu diangkat lebih tinggi sehingga ke bahu bg memudahkan ditopang gunakan sling jenis ini.


  • Tambahan lg, En. Muiz menunjukkan bagaimana kita perlu mengangkat mangsa yg lemah utk dibawa ke tempat yg lebih selamat.
Terdapat 2 cara iaitu :
  1. Anda perlu mengangkat mangsa dengan menolak kaki kanan mereka ke atas dan pd waktu yg sama meletakkan badan mangsa di ats bahu anda. Jd mangsa akan diangkat oleh anda.
  2. Anda dan rakan akan menggunakan kedua-dua belah tgn anda dan menyambung serta membentuknya seperti kerusi bg mangsa duduk. Jadi, anda dgn rakan akan mengangkat mangsa.
Sepanjang proses ini, setiap ahli perlu mencuba dan mempraktikkan semua kaedah yang diajar oleh En. Muiz ke atas ahli rekreasi yang lain.